KESAN MERITOKRASI DI SINGAPURA?
Pembaca sekalian,
Surat Pembaca di bawah saya ambil dari utusan meloya Online
21/12/2000 untuk tatapan pembaca-pembaca yang sudah lama memboikot UM. Penulis
menceritakan mengenai kesan 'MERITOKRASI' yang kononnya diamalkan di Singapura. Kalau dah
meritokrasi mengapa perlu ada sistem kuota juga di dalam segala urusan.
Tujuan saya
memaparkan surat ini supaya ia menjadi renungan kepada mana-mana insan yang tidak berpijak
kepada bumi yang nyata yang selama ini asyik mengembar-gemburkan Di mana bumi dipijak Di
situ langit dijunjung. Jikalau ada kelemahan kepada Hak Bumiputra/Melayu (HOM) maka
perlulah ia diperbaiki, bukannya dihapuskan.
Saya menyokong akan ketetapan Sesetengah
Pengendali Laman Reformasi mengenai isu Suqiu yang menyentuh bab HOM. Kita bukannya
membuat ketetapan berdasarkan politik parti, tetapi haruslah dilihat dari skop Melayu itu
sendiri. Jika ada yang mengatakan bahawa dengan HOM dan subsidi akan menjadikan sesebuah
kaum itu malas, adakah ia merupakan satu justifikasi yang layak untuk dijadikan satu
penentuan akan penghapusan HOM itu sendiri. Apa akan jadi kepada mereka yang betul-betul
memerlukan pertolongan ?.
Orang yang dengki dengan kita akan sentiasa mencari jalan dan
alasan yang remeh-temeh untuk merayukan sesuatu isu. Seperti yang saya katakan tadi,
perbaiki ia dan bukan menjahanamkan terus. Saya pun mempunyai ramai kenalan Melayu di
Singapura. Mereka yang tergolong di dalam golongan cerdik pandai juga tidak mempunyai
banyak peluang untuk memperkembangkan kepintaran mereka. Ini kerana 'Affirmatice Action'
kerajaan Singapura yang telah memperuntukkan kuota tertentu untuk masyarakat tertentu.
Bagi Melayu yang menyokong langkah Suqiu, saya cadangkan agar mereka sendiri tinggal di
Singapura dan sila beritahu orang Melayu di sini akan kesan-kesan meritokrasi tersebut.
Dan sila beritahu juga jika anda mempunyai kebijaksanaan anda akan mendapat tempat sebagai
Pegawai Tinggi Tentera, Kerajaan dan juga MP di sana. Sudah menjadi dasar mereka parti
yang memerintah iaitu PAP, orang Melayu memang lemah dari segi sikap dan biologi.
Saya
sendiri merupakan pemegang MSc.IT Management dan pernah bekerja dengan IT dept. satu
syarikat Minyak Luar Negara di mana tiada seorang pun bangsa Melayu melainkan saya seorang
yang berjaya memegang jawatan tinggi IT Department di syarikat tersebut, dan pada masa
tersebut kebolehan dan pengetahuan saya adalah lebih baik daripada bangsa lain, tetapi
apabila saya memohon untuk jawatan lebih tinggi sebagai Regional IT Manager dan
dipindahkan ke Singapura, hak saya telah dinafikan dengan seribu satu alasan, dan
semestinya kerana saya merupakan anak Melayu. Dan akhirnya jawatan tersebut telah disi
oleh bangsa tersebut yang memang saya kenal sebagai pembodek dan pengetahuannya adalah
setakuk di bawah saya. Tolong jawab............
Akhirnya saya mengambil keputusan
menjalankan perniagaan saya sendiri.
Sekian
Anak Watan
** Webmaster
tolong siarkan artikel ini. Terima kasih
Hidup terasing di negara sendiri
SAYA
ingin merujuk berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 12 Disember 2000. Apa
yang dipaparkan oleh Dr. Lily Zubaidah Rahim melalui bukunya merupakan kenyataan secara
terbuka berkenaan nasib orang Melayu di Singapura yang terasing di negara sendiri.
Saya
sependapat dengan Lily berdasarkan pengalaman saya serta anak-anak saya sebagai rakyat
Singapura yang begitu tertekan kerana sikap diskriminasi pemerintah.
Contohnya anak
lelaki saya yang tamat persekolahan di peringkat maktab rendah lulusan 'A' level (SPMR)
lima tahun lalu mengalami kesukaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Nasional
Singapura.
Ini disebabkan ada sistem kuota bagi kaum Melayu yang diperuntukkan
sebanyak 15 peratus saja, India 9 peratus, bangsa asing 4 peratus dan 65 peratus bagi kaum
Cina, yang berdasarkan majoriti kaum itu sendiri.
Rakan sedarjah anak saya kaum
Cina yang markahnya jauh lebih rendah daripada markah anak saya, dengan begitu mudah dapat
apa yang diinginkan berdasarkan kuota yang tinggi bagi kaum mereka.
Sekarang beliau
sudah pun tamat pengajiannya di Universiti Nasional Singapura. Sedangkan anak saya sudah
tiga kali memohon, tetapi setiap tahun malangnya tidak berjaya disebabkan peratus kuota
yang begitu terhad.
Anak saya cuba memohon ke universiti luar negara tetapi
memerlukan perbelanjaan yang besar sedangkan kami tak mampu. Saya cuba merujuk pada
Yayasan Mendaki malangnya tidak berhasil kerana persatuan itu memberi bantuan pada yang
kurang berkemampuan tapi merupakan pelajar cemerlang sahaja.
Sebagai ibu saya telah
berusaha berjumpa dengan wakil rakyat di kawasan undi tempat tinggal saya di Bedok North.
Setelah mereka mendengar aduan saya, mereka berjanji akan menghubungi saya kembali,
malangnya sampai bertahun -tahun tidak nampak hidung.
Dengan tajaan sebuah syarikat
swasta anak saya melanjutkan pelajarannya di California, Amerika Syarikat.
Kes
kedua anak perempuan saya yang memiliki diploma dalam bidang audio dan kejuteraan dalam
bidang kesan bunyi. Bertahun -tahun memohon kerja tetapi tidak pernah berhasil, bila
membaca iklan kerja di akhbar sering iklan memerlukan pemohon yang boleh bertutur
Mandarin.
Ini mustahil bagi kaum Melayu, ada yang tidak memaparkan apa-apa syarat
bila menjalani temuduga tetapi terus terang mereka katakan yang syarikatnya tidak mahukan
kaum Melayu.
Pernah anak saya bekerja beberapa bulan di sebuah syarikat malangnya
tidak serasi disebabkan sering di anaktirikan kerana perbezaan kulit. Sehingga anak saya
berputus asa lalu menceburi bidang penghotelan, namun menemui nasib yang sama. Sekarang
anak perempuan saya bekerja di Brunei. Kes ketiga ini berdasarkan pengalaman saya yang
bertugas selama 28 tahun dengan sebuah syarikat Itali yang berpangkalan di sini. Selain
daripada menggunakan tenaga kerja setempat syarikat itu menggunakan tenaga kerja dari
Malaysia kira-kira 30 peratus.
Apa yang menghairankan saya, kira-kira 10 tahun dulu
syarikat itu mengambil tenaga kerja kaum Melayu, Cina dan India dari Malaysia. Sekarang
tidak lagi menerima pekerja Melayu, bila saya mula menyiasat, menurut pengurus sumber
manusia syarikat berkenaan, kerajaan Malaysia tidak membenarkan orang Melayu berkerja di
syarikat itu kerana peratus bagi kaum Melayu sudah mencukupi.
Sedangkan saya dapati
kaum Melayu terlalu berkurangan berbanding Cina. Tidak cukup lagi, kaum Cina dari
Malaysia, syarikat itu mengambil ratusan pekerja dari negara China. Menyebabkan kaum Cina
sudah melebihi 65 peratus. Bagi keluarga Cina dari Hong Kong dan China yang berhijrah ke
sini dengan mudah mendapat taraf penduduk tetap Singapura.
Lagi menghairankan saya
mengapa pekerja asing kaum Cina yang berkerja dengan syarikat ini selama lima tahun saja
dengan mudah mendapat status penduduk tetap. Begitu juga mereka begitu mudah boleh
berkahwin dengan lelaki Singapura tanpa sekatan dan dengan automatik mendapat taraf
penduduk tetap.
Ini berbanding dengan bangsa Melayu Malaysia tidak dibenarkan
langsung, jika didapati melanggar peraturan permit kerja mereka akan dirampas dan
diharamkan untuk seumur hidup berkerja di Singapura.
Tentang sikap pilih bulu di
tempat kerja tidak payah cakap lagi, sudah lali saya dengan keadaan begitu kerana hendak
hidup terpaksa telan saja.
Saya dapati seperti rasa tertekan orang Melayu di
Singapura, maka ramai yang berhijrah ke- Australia dan Malaysia. Apa yang saya bimbangkan
kaum Melayu di Singapura akan pupus jika semua mengambil keputusan berhijrah setelah
dihambat rasa tertekan.
Yang peliknya orang Melayu dari negara asing sukar untuk
mendapat tempat di sini, tetapi bagi orang Melayu Singapura yang hendak berhijrah pula
tiada sekatan. Nampaknya lama-kelamaan orang Melayu di Singapura akan pupus. - RUKIAH
USMAN, Tampines, Singapura.
Nota webmaster: Mengenai isu perkauman
ini (pandangan peribadi) saya lebih gemar merujuk kepada penyelesaian yang dianjurkan oleh
Al-Quran. Dalam membicarakan bab ini saya hanya menekankan satu perkara, iaitu keyakinan.
Jika kita yakin dengan Al-Quran sebagai penyelesai sesuatu masalah ummah. Ini adalah
kerana kitab Al-Quran telah lengkap dengan pengajarannya.
Sebaliknya jika kita masih meragukan
penyelesaian cara sedemikian, saya tidak berani untuk menghukum sesiapa yang mengingkari
rukum iman keempat itu (beriman dengan kitab Al-Quran) yakni, yakin dengan sepenuh
pegangan.
Mari kita lihat di Kelantan. Saya suka
membawa contoh kepada kepimpinan ulama yang mengambil panduan dari pengajaran Al-Quran. Di
negeri Kelantan, tidak ada seorang warga negara Malaysia bukan rakyat Kelantan boleh
dianugerah sebidang tanah. Jika ada program perniagaan sekalipun yang melibatkan kaum
bukan Melayu (kerana mereka cenderung berniaga), kerajaan negeri tetap bertegas tidak
membenarkan, melainkan projek itu dibuat atas tapak/tanah rakyat negeri Kelantan. Di
sini maruah anak negeri cukup terpelihara. Maka kita dapat lihat walau pun
dimomokkan sebagai negeri termiskin, tetapi perkembangan ekonomi masih di tangan
kaum bumiputera (kebanyakkan Melayu). Ia melibatkan dasar, yakni tidak bersifat
kepentingan diri (meraut duit ke poket sendiri) tanpa menghitung kepentingan
bangsa dan negara. Justeru itu di Kelantan, kita boleh menjalani taraf kehidupan
paling rendah (ekonomik) di Malaysia. Suatu masa saya kerap ke Kelantan.
Segala-galanya lebih murah di sana. UMNO sendiri kerap mengunjungi Kelantan
sebagai destinasi 'syurga membeli belah', tapi sayang mereka tidak belajar
bagaimana orang Kelantan memimpin ekonomi bangsa sendiri. Orang
Kelantan seringkali dikaitkan dengan malas terutama melihat kaum lelaki. Ini hanya
satu propaganda kerana pasar atau pasaraya, market atau supermarket, klinik atau
poliklinik diwarnai oleh kaum wanita yang memegang teraju ekonomi negeri Cik Siti
Wan Kembang itu. Kelantan
sendiri mampu menyimpan secara berjimat cermat. Selain 'negeri bebas hutang',
Kelantan memiliki simpanan deposit sebanyak RM600 juta. Satu 'salute' wajar
diberikan kepada kepimpinan ulamak mentadbir negeri. Kelantan 'negeri senyap'
kerana tidak selalu muncul dalam media perdana, kecuali berita penyeludupan atau
bencana alam seperti banjir sebelum ini. Ini hanya polemik untuk memberikan
gambaran buruk kepada negeri Kelantan. Kecemerlangan
pencapaikan akedemik juga kerap kali berlaku di Kelantan. Cuba dapatkan statistik
keputusan PMR beberapa hari lalu. Kelantan antara yang terbaik. Kelantan
sebenarnya sebagai role model pemerintahan terbaik di Malaysia. Pemerintahan
negeri Kelantan dihormati oleh kaum asing bukan Melayu. Ini adalah kerana keadilan
itu terpelihara antara setiap warga negeri dengan mendahulukan kepentingan bersama
(rakyat marhaen). Kita
sering membincangkan tergugatnya kedudukan Melayu. Kerana HOM yang sering
diperlaungkan dengan sekuatnya oleh UMNO dan kerajaan BN. Sedarkah kita siapakah
sebenarnya penggadai kepada maruah bangsa Melayu? Siapakah penghancur HOM itu
sendiri? Di sisi saya
sisipkan satu atau dua contoh. Di negeri Perak, kerajaan negeri dalam pentadbiran
Tan Sri Ramli Ngah Talib 'membela' seorang Cina bernama Chung Kai Chen. Beliau
salah seorang bekas pemimpin parti komunis Malaya. Setiap tahun beliau akan
mendapat konsesi balak. Belum pernah 'mis', selama 19 tahun pemerintahan Tan Sri
Ramli. Dalam pentadbiran tanah pula bahagian Chung Kai Chen tetap ada. Maka segala
kekayaan negeri Perak (terutama dalam industri perhutanan) selepas bijih timah
hilang dari perut bumi jatuh ke tangan... Di mana hak anda sebagai orang Melayu di
bumi sendiri? Di Pulau
Pinang, mana tempat yang tiada tanah milik Boon Siew? Sebenarnya kalau nak hitung
permasalahan kaum ini dan perbedaan antara kaum, sampai kiamat kita tidak akan
habis membicarakannya, selagi kita tidak kembali kepada Al-Quran. Itulah sebabnya
mengapa saya serta beberapa rakan penulis menegaskan kita perlu kembali kepada
sunnah Rasul dan Al-Quran dalam membantu penyelesaian kekusutan yang diwujudkan
selama 42 tahun akibat daripada pemerintahan BN di Malaysia. Perlu
kita sedari hakikatnya (berpijak di bumi nyata) bahawa segala masalah timbul
selama ini adalah akibat kita tidak mengambil Al-Quran sebagai penyelesaian kepada
permasalahan. Kerna kita bangsa yang tidak berpegang kepada pegangan agama yang
kukuh, maka kita tidak dihormati oleh kaum asing, apatah lagi yang bukan seagama
dengan kita. Lihat di Bosnia, mengapa ada penyembelihan etnik. Kajilah dengan
mendalam. Ia bukan lahir dari semangat perkauman mendatang. Penyembelihan
etnik rakyat Bosnia adalah kerana bangsa Bosnia sudah menderhaka kepada Allah.
Bangsa yang durhaka Allah akan hapuskan dari muka bumi. Tolong buka kitab suci,
bacalah di suran Sabaq dan lihatlah satu bangsa yang maju dengan empangan termegah
(Empangan Maarib). Kemajuan bangsa Sabaq bukan macam menara kembar tertinggi yang
dibina tak berpenghuni. Tapi sayang kerana bangsa Sabaq angkuh kepada Allah.
menolak hukum Allah. Hanya berbangga dengan pencapaian sendiri. Begitulah nasib
yang mereka terima. Allah hapuskan bangsa yang tidak beriman dengan-Nya. Ini
berulang kepada bangsa Bosnia. Saya tidak menafikan ianya akan berlaku kepada
bangsa Melayu. Janganlah berbanggan dengan slogan 'takkan Melayu hilang di dunia'.
Berpijaklah di bumi nyata, bahawa bangsa yang angkuh dan durhaka kepada Allah akan
menjalani proses pelupusannya. Itulah sebab utama mengapa kita perlu kembali
kepada Al-Quran dan tidak melihat isu perkauman yang ekstirimis ini. Meritokrasi
apalah sangat jika kita hendak membandingkan dengan ajaran Allah yang lengkap
meliputi segenap hukum dan penyelesaian permasalahan di dunia hingga akhirat. Yang
membedakan pendapat kita sebenarnya hanyalah keyakinan ... Wallahua'lam
|